• PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - UNIKL BMI

    PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - UNIKL BMI

    PSSCM UniKL BMI - Laman Web Rasmi PSSCM (UniKL BMI). Silat Cekak merupakan silat Melayu asli yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad.

  • ISTIADAT KONVOKESYEN PSSCM KE-33 2016

    KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    Seramai 5 orang ahli tamat PSSCM BMI yang telah mengambil dan lulus USR pada tahun ini, menghadiri Istiadat Konvokesyen PSSCM Kali ke 33 pada 21 Mei 2016 di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan.

  • KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    Seramai hampir 500 orang termasuk ahli PSSCM,anak serta isteri turut hadir memeriahkan majlis ini.Gegak gempita semasa majlis penutup apabila skuad Demo Putri PSSCM membuat persembahan khas termasuk persembahan Silat Seni oleh Sdr Sazarin ahli JKP PSSCM, Sdr Azim,Sdr Naim dan persembahan istimewa anak-anak dari Sekolah Jalinan Kasih, Kuala Lumpur.

  • BERSAMA DAN BERSATU

    BERSAMA DAN BERSATU

    Bersatu adalah elemen yang amat penting di dalam mana-mana organisasi untuk mencapai visi dan misi yang dicita-citakan. Bak kata pepatah Bersatu Teguh Bercerai Roboh - YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah

  • YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

    YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

    YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi.

  • YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

    YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

    YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.

  • YM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD

    YM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD

    Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.Ustaz Hanafi berjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifik dengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik.

Isnin, 28 Februari 2011

AHLI JAWATAN KUASA PSSCM UNIKL BMI SESI 2011

Pada 18 Februari 2011 yang lalu, PSSCM UniKL BMI sekali lagi telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali ke-8 bertempat di TTL 1. AGM kali ini telah dihadiri oleh penyelia kelas latihan UniKL BMI iaitu Encik Mohd Hatta bin Mohd Saman dan ahli-ahli dari semua peringkat kelas. AGM telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir sekitar jam 11.30 malam.

AHLI JAWATAN KUASA PSSCM UNIKL BMI SESI 2011


AHLI JAWATAN KUASA PSSCM UNIKL BMI SESI 2011

Yang DiPertua
Khairuddin bin Arbi

Naib Yang DiPertua 1
Irfan Faris bin Janit

Naib Yang DiPertua 2
Mohammad 'Uzair bin Abdullah Zen

Setiausaha
Ahmad Affiq bin Abd Aziz

Bendahari
Ainol Shafiq bin Zaini

Penerangan
Mohd Faizal bin Nawawi

Tugas-tugas Khas
Mohd Shahmil bin Selamat

Sukan dan Rekreasi
Mohamad Firdaus bin Rosli

Pendidikan
Siti Khadijah binti Abd Razak











Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua AJK yang telah dilantik. Selamat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

Share:

Jumaat, 4 Februari 2011

AL-FATIHAH : HAJJAH RADZIYAH BINTI SAID (MAK TAM)

AL-FATIHAH : YUSOF BIN MAHADI
AL-FATIHAH : YUSOF BIN MAHADI


Hajjah Radziyah binti Said, atau dikenali sebagai Mak Tam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Jumaat 4 Februari 2011 bersamaan 1 Rabiulawal 1423 Hijrah. Berita diterima pada jam 10 pagi. Mak Tam adalah isteri kepada  mantan Presiden dan Guru Utama PSSCM Tuan Haji Ishak bin Itam. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berapit, Bukit Mertajam selepas solat Asar.

Seluruh ahli PSSCM UniKL BMI merakamkan takziah di atas pemergian ini dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang solihah. Al-Fatihah.
Share:

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung