• PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - UNIKL BMI

    PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - UNIKL BMI

    PSSCM UniKL BMI - Laman Web Rasmi PSSCM (UniKL BMI). Silat Cekak merupakan silat Melayu asli yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad.

  • ISTIADAT KONVOKESYEN PSSCM KE-33 2016

    KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    Seramai 5 orang ahli tamat PSSCM BMI yang telah mengambil dan lulus USR pada tahun ini, menghadiri Istiadat Konvokesyen PSSCM Kali ke 33 pada 21 Mei 2016 di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan.

  • KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    Seramai hampir 500 orang termasuk ahli PSSCM,anak serta isteri turut hadir memeriahkan majlis ini.Gegak gempita semasa majlis penutup apabila skuad Demo Putri PSSCM membuat persembahan khas termasuk persembahan Silat Seni oleh Sdr Sazarin ahli JKP PSSCM, Sdr Azim,Sdr Naim dan persembahan istimewa anak-anak dari Sekolah Jalinan Kasih, Kuala Lumpur.

  • BERSAMA DAN BERSATU

    BERSAMA DAN BERSATU

    Bersatu adalah elemen yang amat penting di dalam mana-mana organisasi untuk mencapai visi dan misi yang dicita-citakan. Bak kata pepatah Bersatu Teguh Bercerai Roboh - YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah

  • YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

    YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

    YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi.

  • YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

    YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

    YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.

  • YM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD

    YM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD

    Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.Ustaz Hanafi berjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifik dengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik.

Isnin, 25 April 2011

DEMONSTRASI HARI KECEMERLANGAN PELAJAR SETIA BUDI 2011

Satu persembahan demonstrasi melibatkan ahli-ahli dari UniKL-BMI dan Sekolah Menengah Setia Budi telah diadakan pada 23 April 2011 (Sabtu) bertempat di auditorium Kuliyyah of Engineering, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Persembahan demonstrasi itu adalah sebagai acara pembukaan sempena Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Setiabudi. Persembahan itu berlangsung dengan jayanya dan berakhir sekitar jam 9.30 pagi. Tahniah kepada skuad demonstrasI UniKL-BMI dan Sekolah Menengah Setia Budi.


DEMONSTRASI HARI KECEMERLANGAN PELAJAR SETIA BUDI 2011

Share:

Ahad, 10 April 2011

PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN 2011

Program interaksi PSSCM 1 Universiti 1 Persatuan telah berjalan dengan jayanya bertempat di Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Program yang dianjurkan oleh PSSCM Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) ini tersebut berlangsung bermula 8 April hingga 10 April 2011.

Seramai 35 orang peserta telah menyertai program ini terdiri daripada UniKL MFI, UniKL BMI dan UniKL MIAT dibantu oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa dan  fasilitator yang terdiri daripada wakil setiap IPT.

Program yang pertama kali seumpamanya ini bertemakan Perpaduan Mahasiswa Melalui Seni Warisan Bangsa dan telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung PSSCM, iaitu Encik Roslin bin Ali Omar.

Antara pengisian program adalah seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Malam Kebudayaan, Cekak Race dan sebagainya. Program diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian sijil dan hadiah. Majlis penutup disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Agung 1 PSSCM, Encik Mohd Hafiz bin Jamil. 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dapat bersama-sama kembali menjayakan program-program PSSCM di masa yang akan datang.


PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN

PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN

PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN

PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN

PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN


Share:

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung