• PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - UNIKL BMI

    PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - UNIKL BMI

    PSSCM UniKL BMI - Laman Web Rasmi PSSCM (UniKL BMI). Silat Cekak merupakan silat Melayu asli yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad.

  • ISTIADAT KONVOKESYEN PSSCM KE-33 2016

    KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    Seramai 5 orang ahli tamat PSSCM BMI yang telah mengambil dan lulus USR pada tahun ini, menghadiri Istiadat Konvokesyen PSSCM Kali ke 33 pada 21 Mei 2016 di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan.

  • KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2014

    Seramai hampir 500 orang termasuk ahli PSSCM,anak serta isteri turut hadir memeriahkan majlis ini.Gegak gempita semasa majlis penutup apabila skuad Demo Putri PSSCM membuat persembahan khas termasuk persembahan Silat Seni oleh Sdr Sazarin ahli JKP PSSCM, Sdr Azim,Sdr Naim dan persembahan istimewa anak-anak dari Sekolah Jalinan Kasih, Kuala Lumpur.

  • BERSAMA DAN BERSATU

    BERSAMA DAN BERSATU

    Bersatu adalah elemen yang amat penting di dalam mana-mana organisasi untuk mencapai visi dan misi yang dicita-citakan. Bak kata pepatah Bersatu Teguh Bercerai Roboh - YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah

  • YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

    YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

    YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi.

  • YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

    YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

    YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.

  • YM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD

    YM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD

    Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.Ustaz Hanafi berjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifik dengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik.

Rabu, 11 April 2012

PROGRAM INTERAKSI PSSCM BMI (2012)

PROGRAM INTEGRASI UNIKL

Sungai Congkak, Hulu Selangor - Tiga buah kampus UniKL telah bergabung tenaga bagi menjayakan Program Integrasi UniKL di Kem Rimba Ria Sungai Congkak, Hulu Selangor. Kampus yang terlibat adalah dari UniKL BMI, UniKL MFI dan UniKL MIAT. Program yang pertama kali seumpamanya ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan terdiri daripada ahli-ahli tamat sebagai peserta dan tenaga pengajar sebagai AJK.

Program yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 6 April 2012 dan berakhir pada 8 April 2012 telah dirasmikan oleh Pengerusi Jabatan Pendidikan, Encik Faizal bin Mohd Yusof. Antara yang hadir pada program tersebut termasuklah Encik Sazarin (AJK Pusat dan Penyelia UniKL MIAT) dan Encik Mazlan (penyelia UniKL MFI).

Pengisian program adalah bertujuan untuk merangka strategi pembangunan PSSCM di kelas latihan masing-masing khususnya dan di peringkat yang lebih tinggi umumnya. Program berakhir pada jam 5 petang dan perasmian majlis penutup disempurnakan oleh Penolong Bendahari Agung, Encik Wan Mohd Adzhar bin Mohd Salim.




PROGRAM INTEGRASI UNIKL (Aktiviti)


PROGRAM INTEGRASI UNIKL (Aktiviti)


PROGRAM INTEGRASI UNIKL (Aktiviti)

Share:

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung