Tempoh Pembelajaran Silat Cekak Malaysia

Pelajaran Silat Cekak Malaysia mempunyai satu sistem yang unik berbanding dengan seni beladiri yang lain.


Tempoh Pembelajaran Silat Cekak Malaysia
Kaedah A

Pelajaran ini terbahagi kepada 8 bahagian:

1. Mempunyai kaedah A, B, C dan D. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakan di tangan kanan (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri kuda-kuda).

2. Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D; dilatih bergerak sekali tangan dan kaki. c. Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buahbuah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buah pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan.

3. Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu keputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan Sendeng, Keputusan Gayung Fatani, Keputusan Silat Harimau dan lain-lain seperti yang disebutkan pada bahagian awal tadi.

Tempoh Pembelajaran Silat Cekak Malaysia
Asas Buah Pertama (Sambungan dari kaedah A)

4. Pengajaran cara memotong atau menyekat kesemua 21 buah yang tersebut itu. Andainya Seni Silat Cekak menyerang dan musuh menggunakan salah satu buah yang tersebut, buah itu tak terdaya mernakan atau menangkap Seni Silat Cekak; bahkan Seni Silat Cekak dapat memakan balik dengan salah satu buah-buah yang tersebut. Di sinilah tegaknya falsafah Seni Silat Cekak yang berbunyi: "PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI"

5. Ini adalah pelajaran tamat; bererti sesama ahli Seni Silat Cekak tak terdaya melawan lagi kerana sama-sama faham pelajaran silat.

6. Pengajaran taktik menyerang lawan supaya membunuh buah-buahnya sendiri dan juga buah silat yang lain. Yang anehnya dalam Seni Silat Cekak sambil menyerang sambil menangkap. (Cekak menyerang, Cekak menangkap). Menurut penyelidikan yang dibuat tidak ada satu silat yang sekiranya ia menyerang ia dapat menangkap.

7. Pengajaran menangkis segala pukulan tongkat dengan tangan kosong; tidak menggunakan dua tongkat seperti yang terdapat dalam silat-silat lain yang bercorak kesukanan. Begitu juga menangkis segala tikaman dengan tangan kosong juga; tidak mengguna dua pisau.

Jatuh Buah Pertama (Sambungan dari asas buah pertama)

8. Pengajaran mengguna Parang Lading buah menunggu segala rupa serangan yang menggunakan senjata pendek. Penyerangan terhadap musuh tidak dilakukan kerana Seni Silat Cekak percaya bahawa penyerangan itu lebih merbahaya kepada dirinya.

Nama-nama buah Seni Silat Cekak Malaysia (21 buah) antara lain ialah:

  1. Buah Pertama
  2. Buah Keputusan Gayung Fatani
  3. Buah Keputusan Sendeng Atas
  4. Buah Kilas Belakang
  5. Buah Kilas Hadapan
  6. Buah Kidong Kiri
  7. Buah Kuntau Jatuh
  8. Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
  9. Buah Kuntau Kanan Gantung
  10. Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
  11. Buah Ali Patah Atas
  12. Buah Ali Patah Sudah
  13. Buah Selendang
  14. Buah Gari & Gari Gunting
  15. Buah Paras
  16. Buah Keputusan Pasung Kemanga
  17. Buah Keputusan Terlak
  18. Buah Keputusan Lintau
  19. Buah Hempok
  20. Buah Luncur
  21. Buah Siku Potong


Tempoh Pembelajaran di PSSCM UniKL BMI:

Sistem pelajaran Seni Silat Cekak Malaysia secara keseluruhannya diajar kepada penuntut secara pakej. Setiap penuntut perlu menyempurnakan pakej tersebut dan barulah dianggap mereka telah mempelajari Seni Silat Cekak Malaysia hingga bertanggungjawab mempertahankan diri. Sistem mata pelajaran Seni Silat cekak Malaysia yang terbahagi kepada beberapa peringkat tersebut mengambil masa selama lebih kurang 2 semester untuk tamat pembelajaran. Selepas tamat pembelajaran Seni Silat Cekak Malaysia maka penuntut adalah digalakkan untuk meneruskan kemahiran di dalam Seni Silat Cekak Malaysia dengan menyertai kelas kemahiran yang pada kebiasaannya akan mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan dengan 1 kelas latihan seminggu (tertakluk kepada perubahan semasa)

Sumber: http://www.silatcekak.org.my

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung