Selasa, 1 Mac 2011

PROGRAM LATIHAN BERSEPADU CEKAK (PLBC) KE-10 DI UIAM GOMBAK 2010

27 Feb 2010, PSSCM UniKL BMI telah menghantar wakil sebanyak 14 orang ahli ke Program Latihan Bersepadu Cekak (PLBC) ke-10, peringkat Lembah Klang yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan (Lelaki) UIAM Gombak. Program PLBC ke-10: Merealisasikan tema “Bersama & Bersatu” anjuran bersama PSSCM UIAM Gombak dan Jabatan Penerangan PSSCM.

PROGRAM LATIHAN BERSEPADU CEKAK (PLBC) KE-10 DI UIAM GOMBAK 2010Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila disertai hampir 300 ahli PSSCM yang terdiri daripada 16 IPT dan 8 kelas latihan cawangan Lembah Klang telah menjayakan program tersebut termasuk Ahli-ahli Jawatan Kuasa Pusat, Ahli LPT, dan Penyelia-penyelia Kelas. Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan interaksi sesama ahli disamping sebagai persiapan bagi menjayakan Demonstrasi Perdana yang akan mengumpulkan seramai 2,500 orang dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.


PROGRAM LATIHAN BERSEPADU CEKAK (PLBC) KE-10 DI UIAM GOMBAK 2010Program PLBC ke-10, dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli oleh ucapan dari YDP PSSCM UIAM YBhg. En. Rasyid Bin Aziz. Ucapan dari Setiausaha Agung PSSCM, YBhg. En. Roslin Bin Ali Omar yang penuh dengan informasi dan kata-kata perangsang telah menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli PSSCM dalam menjayakan Program PLBC kali ke-10 ini. Ucapan Perasmian oleh YBhg. En. Sharel Bin Dzahari, Pegawai Pusat Sukan dan Rekreasi UIAM. Dalam ucapannya, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada PSSCM kerana memilih UIAM Gombak sebagai tuan rumah dan beliau akan memberi sokongan sepenuhnya penganjuran program sebegini pada masa akan datang.


PROGRAM LATIHAN BERSEPADU CEKAK (PLBC) KE-10 DI UIAM GOMBAK 2010
PROGRAM LATIHAN BERSEPADU CEKAK (PLBC) KE-10 DI UIAM GOMBAK 2010
Pada jam 1.30 petang semasa Majlis Perasmian Penutup, Saudara Shahrin Fikri Bin Witrofoledy Pengarah Program PLBC Ke-10 dalam ucapannya, beliau merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya kepada AJK Pusat dan Ahli LPT atas kesudian hadir bersama bagi menjayakan program ini. Ucapan Perasmian Penutup disempurnakan oleh Ketua Penerangan PSSCM YBhg. En. Rosman Bin Mat Deli. Beliau berharap, melalui program ini dapat menyemaikan semangat Gagasan Bersama & Bersatu dalam kepimpinan yang diterajui YM Guru Utama & Presiden Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah. Beliau juga mengingatkan kepada peserta agar sentiasa berdisiplin, dan menjaga adab tata susila orang Melayu.
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung