Ahad, 10 April 2011

PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN 2011

Program interaksi PSSCM 1 Universiti 1 Persatuan telah berjalan dengan jayanya bertempat di Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Program yang dianjurkan oleh PSSCM Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) ini tersebut berlangsung bermula 8 April hingga 10 April 2011.

Seramai 35 orang peserta telah menyertai program ini terdiri daripada UniKL MFI, UniKL BMI dan UniKL MIAT dibantu oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa dan  fasilitator yang terdiri daripada wakil setiap IPT.

Program yang pertama kali seumpamanya ini bertemakan Perpaduan Mahasiswa Melalui Seni Warisan Bangsa dan telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung PSSCM, iaitu Encik Roslin bin Ali Omar.

Antara pengisian program adalah seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Malam Kebudayaan, Cekak Race dan sebagainya. Program diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian sijil dan hadiah. Majlis penutup disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Agung 1 PSSCM, Encik Mohd Hafiz bin Jamil. 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dapat bersama-sama kembali menjayakan program-program PSSCM di masa yang akan datang.


PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN

PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN

PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN

PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN

PROGRAM INTERAKSI 1 UNIVERSITI 1 PERSATUAN


Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung