Khamis, 5 Mei 2011

MAJLIS MAKAN MALAM SUMBANGAN KASIH & ALUMNI PSSCM UIAM 2011

MAJLIS MAKAN MALAM SUMBANGAN KASIH & ALUMNI PSSCM UIAM
MAJLIS MAKAN MALAM SUMBANGAN KASIH & ALUMNI PSSCM UIAM

UIAM, Gombak – Majlis Makan Malam Sumbangan Kasih dan Alumni PSSCM UIAM telah berlangsung pada 21 Mei lalu.PSSCM  Cawangan Terengganu tidak ketinggalan menyertai majlis berkenaan disertai seramai  13 orang ahli yang diketuai Sdr. Mohd Firdaus bin Fahruzal selaku ketua rombongan.
Majlis yang bermula pada jam  8.00 malam dimulakan dengan acara sambutan tetamu kehormat dengan paluan kompang dan bacaan salawat.

Turut hadir, Ustaz Khaharuddin bin Abd Rahman, Penolong Setiausaha Agung 1 PSSCM,  Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UIAM serta Yang Mulia Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah seterusnya merasmikan majlis itu.

Yang  Mulia Guru Utama dalam ucapan beliau menyatakan rasa teruja dengan bekas pelajar UIAM yang telah berjaya dalam bidang masing-masing dan aktif di dalam persatuan. Menurut beliau, inilah hasil didikan di dalam silat cekak.

Beliau juga berharap silat cekak  akan berkembang dengan lebih maju lagi terutama dari sudut pengajarannya. Cita-cita beliau agar menjadikan pelajaran silat cekak di ajar di dalam bilik kuliah, serta menjadikan pelajaran silat cekak sebagai kursus yang mengandungi modul-modul tersusun dan terancang dengan teratur akan menjadi kenyataan.

Kehadiran tetamu jemputan seramai 1,000 orang dengan 250 orang adalah Alumni UIAM. Majlis diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Madani, Demonstrasi Silat dari Kelas Latihan Bukit Beruntung dan Persembahan Khas oleh ahli-ahli PSSCM UIAM. Majlis berakhir pada jam 11.45 malam. 

Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung