22 Oktober 2011, Gombak - Istiadat Konvokesyen PSSCM Zon Tengah 2011 telah berlangsung dengan gemilang dan jayanya di Dewan Gemilang, Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI). Majlis penuh istiadat yang sama seperti majlis konvokesyen universiti itu bermula dengan perarakan masuk para penerima sijil menengah dan sijil rendah Silat Cekak dan disusuli dengan perarakan masuk Jawatankuasa Pusat serta YDP cawangan ke pentas serta diikuti dengan perarakan utama masuk ke dewan di mana perasmi diiringi oleh YM Guru Utama PSSCM serta pembesar-pembesar PSSCM dan para pembawa bunga telur dan parang lading istiadat naik ke pentas.
Perasmian dan penyampaian sijil dalam majlis pada kali ini disempurnakan oleh Prof. Dr. Badri Bin Abu Bakar, Dekan UniKL BMI. Dalam ucapan majlis perasmiannya, Prof. Dr. Badri memuji majlis anjuran PSSCM ini dengan ungkapan 'cantik', 'indah' dan 'gemilang'.
Pada majlis ini seramai 46 orang graduan menerima Sijil Menengah Silat Cekak manakala 287 orang graduan menerima Sijil Rendah Silat Cekak dengan 29 daripadanya menerima Sijil Rendah Silat Cekak dengan Kepujian. Sepanjang majlis berlangsung, alunan muzik gamelan dan muzik silat berkumandang bersilih ganti.
Mulai tahun ini, majlis konvokesyen PSSCM diasingkan kepada tiga zon iaitu Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Utara kerana jumlah penerima sijil yang ramai dan meningkat setiap tahun.
sumber : www.silatcekak.org
0 ulasan:
Catat Ulasan