Isnin, 24 Oktober 2016

BENGKEL SMART LEARNING 2013


BENGKEL SMART LEARNING 2013

7 April 2013 - telah berlangsung satu program ilmu yang sangat berharga nilainya. Sangatlah beruntung bagi peserta-peserta yang hadir menyertai program tersebut.  Program ini dijalankan bertujuan mendedahkan kepada para peserta tentang cara-cara dan teknik-teknik yang paling berkesan dalam pelajaran dan strategi-strategi memahami sesuatu tajuk tanpa membaca keseluruhan buku. Slot ini dikendalikan oleh En. Azman B Abd Malik, Penyelia kelas latihan PSSCM UiTM kampus INTEC dan dibantu oleh ahli-ahli dari UiTM kampus INTEC.

Program ini telah berlangsung di dewan TTL 2 Universiti Kuala Lumpur BMI dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UniKL BMI. Yang menariknya program ini adalah bukan sahaja peserta terdiri daripada PSSCM UniKL BMI sahaja malahan ianya juga terdiri daripada ahli-ahli dari PSSCMUIAM sendiri. PSSCMUIAM telah dijemput oleh PSSCM UniKL BMI bagi menjayakan program ini dan telah menghantar seramai 16 orang peserta dan selebihnya adalah dari PSSCM UniKL BMI sendiri. Program ini telah menarik seramai 25 orang peserta dan beberapa fasilitator serta tenaga pengajar PSSCM.


Program ini telah dimulakan dengan bacaan berzanji, marhaban dan qasidah burdah yang diketuai oleh En. Azman B Abd Malik, Penyelia kelas latihan PSSCM UiTM kampus INTEC. Dalam majlis pembukaan ini, para peserta sendiri membacakan rawi yang telah ditetapkan oleh En. Azman dan suatu pencapaian yang sangat membanggakan dimana para peserta dapat melagukan rawi dengan baik sekali walaupun hanya menghadiri dua kali kelas berzanji yang telah diadakan di UIAM dan BMI sebelum ini.

Disamping itu, terdapat juga perbentangan kertas kerja yang disampaikan oleh En. Roslin B Ali Omar, Naib Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dengan tajuk “Kemahiran Insaniah”. Kemahiran Insaniah ini hanya dapat diperolehi di luar kelas bukannya di dalam kelas. Terdapat 7 prinsip utama dalam kemahiran insaniah ini. Antaranya, sifat kepimpinan, critical thinking, making decision, keusahawan dan sebagainya. Dengan pendedahan seperti ini, para peserta menjadi sangat teruja dan bersemangat untuk berubah ke arah yang lebih dinamik dan cemerlang dalam mencorak masa depan yang lebih gemilang.

Program ini sangat menarik dan banyak ilmu yang bermanfaat kepada para peserta yang hadir. Diharapkan dengan adanya program seperti ini, ahli-ahli PSSCMUIAM dapat merubah cara belajar yang lebih dinamik dan dapat meningkatkan pencapaian CGPA dalam jurusan masing-masing sekaligus dapat mengimbangkan antara akademik dan aktiviti persatuan. Kerjasama yang erat antara UIA dan BMI juga dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin. Bersama-samalah kita memantapkan diri dengan ilmu akademik seiring dengan perjuangan di dalam arena silat cekak.

Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung