Khamis, 6 Oktober 2016

ISTIADAT KONVOKESYEN PSSCM KE-33 2016

ISTIADAT KONVOKESYEN KE-33 2016

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, berkat kekasih-Nya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita, karomah ibu serta hikmah bapa, ahli-ahli tamat PSSCM BMI yang mengambil Ujian Sijil Rendah (USR) lulus dengan jayanya.



Seramai 5 orang ahli tamat PSSCM BMI yang telah mengambil dan lulus USR pada tahun ini, menghadiri Istiadat Konvokesyen PSSCM Kali ke 33 pada 21 Mei 2016 di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan.



Tahniah diucapkan kepada semua ahli USR yang berjaya konvokesyen pada tahun ini. Tahniah juga diucapkan kepada penerima sijil rendah (kepujian) iaitu Nooramira binti Hanipah.



Diharap penerima sijil rendah akan terus bergiat lebih aktif didalam PSSCM BMI.
Share:

1 ulasan:

  1. Tahniah diucapkan pada semua yang turut serta dalam pengambilan USR dan lulus, terutama yang mendapat kepujian dalam USRR.

    BalasPadam

Statistik Web PSSCM UniKL BMI

PENAFIAN

Pihak PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI) tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta yang dikeluarkan selain dari laman blog rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara PSSCM UniKL BMI (PSSCMBMI)

Pengunjung